Lupa menjadi hamba yang bersyukur?

Dengan Lafaz Bismillah, 


Tahukah anda, syukur itu bukan hanya sekadar ucapan Alhamdulillah dibibir? Bukan juga hanya apabila kita memperoleh kesenangan, kemewahan, kegembiraan dan kejayaan. Saya cukup tertarik dengan satu hadis ini; 


“Memang sangat menakjubkan keadaan orang yang beriman itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan, dia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.”(HR Muslim)

Orang yang beriman itu sedia maklum, walaupun ditimpa musibah dia tetap akan memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana sedar akan hakikat bahawa Allah sangat sangat menyayangi hambaNYA. Manusia ini begitu mudah lupa, lagi mudah leka, sangat pula mudah berburuk sangka terhadap ujian dariNYA. Seringkali manusia menegatifkan segala bentuk kesusahan yang mereka alami sebagai balasan terhadap perbuatan jahat mereka atau kerana Allah mengingini kesusahan pada mereka atau kerana Allah tidak menyayangi mereka.


Maka akan terkeluarlah kenyataan seperti gambar dibawah;




Tidak..tidak..tidak…tidak benar sama sekali! Musibah atau kesusahan itu bukanlah satu bentuk hukuman atau tanda Allah membenci kita. Mari kita sama-sama lihat betapa Allah ini sangat menyayangi hambaNYA. Buktinya? Ada tertulis dalam Surah Al-baqarah ayat 155 hingga 157; 

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,” “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” “Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 


Sungguh MAHA SUCI ALLAH, sudah terang lagi bersuluh dinyatakan disitu, "Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.


Tidakkah anda tersentuh tatkala membaca akan janji ALLAH ni? Orang beriman tahu, malah mereka sangat yakin,melalui ujianlah mereka mendapat petunjuk, mereka sedar bahawa kesusahan ini tanda betapa Allah menginginkan kebaikan untuk mereka. Bukan kerana nak menghukum atau mahu membiarkan hambaNYA merana. Tolonglah tengok dari sudut positif untuk setiap perkara, boleh? 


Jadi, bersyukurlah sentiasa. Bukan setiap hari saja! Itu tidak cukup. Jika mampu, setiap detak jantung, setiap hembusan nafas, setiap saat kehidupan anda…bersyukurlah. Jika tak mampu, mampukanlah juga. 


Rasa kesyukuran itu bukan saja dimanifestasikan pada “alhamdulillah ya Allah”. Ok sudah, aku da jadi hambaNYA yang bersyukur sangat sangat. No.. no.. no…and no..beryukurlah dengan menjadi hambaNYA yang taat. Anda tahukan bagaimana mahu menjadi hamba yang taat pada DIA? Ya, dengan menuruti apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Tak susah kan? Itulah tandanya kita bersyukur kalau da tak mampu sangat nak bersyukur setiap saat. 


Bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan saat ini. Sungguh! NikmatNYA begitu banyak, tak terhitung banyaknya sehingga saya rasakan tidak ada satu kebaikan yang mampu membayar SEGALA nikmat pemberianNYA. Ditambah pula dengan rimbunan dosa yang tidak terampun dan semakin memberatkan diri. Betapa hinanya diri ini kerana masih belum menjadi hambaNYA yang benar-benar bersyukur. Sudahkah anda di luar sana menjadi hambaNYA yang benar-benar bersyukur? 


Hamba yang hina, 
Asrar

Advertisement

0 comments:

Post a Comment