Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al Hujurat 49: 12)
"Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. "(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id)
“Setiap muslim terhadap muslim lainnya haram darahnya, hartanya dan kehormatan dirinya” (HR Muslim)
‘Pada malam perjalanan Israk Mikraj, aku diperihatkan dengan orang orang yang mencakar-cakar mukanya dengan kuku-kuku tajam mereka, aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka? Jibril menjawab: mereka adalah orang-orang yang mengunjing orang lain dan membuka aib (kehormatan dirinya)”(HR Abu Daud dengan sanad yang shahih)
Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah (HR Bukhari dan Muslim)
Jom! Muhasabah diri kita..Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang boleh merosakkan hati dan melalaikan.
assalam mualaikum. :) dapet pengetahuan lagi, bsok mau US.. do'aiin yaa saudara/i ku
ReplyDelete