Bismillah,
Malam ini adalah malam ke-28 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, sekelip mata Ramadhan berlalu. Terlalu pantas rasanya sampai kita tak perasan, amal di bulan Ramadhan ini, sebenarnya masih tak mencukupi. Terlalu banyak yang perlu di kejar dan di perbaiki. Kalau terlepas, alamatnya, tahun depan la kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan. Itu pun kiranya di izinkan yang Maha Pencipta. Kalau tidak, bermakna inilah Ramadhan terakhir untuk kita.
Satu perkara yang menakjubkan di bulan mulia ini, ia banyak mengubah manusia. Biar dari segi fizikal, spiritual mahu pun mental. Anda tak percaya? Cuba anda refleksi diri dan tanya semula bagaimana Ramadhan anda? Saya pasti, kalau tidak ketiga-tiga elemen itu berubah, paling kurang salah satu yang akan berubah. :)
Tapi sebenarnya, perubahan yang bagaimana kita inginkan dalam bulan mulia ini? Adakah sekadar perubahan pada satu perkara sahaja mencukupi? Kalau lah kita benar-benar boleh lihat syurga dan neraka, sudah pasti kita tidak teragak-agak untuk melengkapkan ketiga-tiga aspek tersebut dengan sebaik mungkin. Namun, itulah keimanan, Allah menghijabkan segala yang ghaib dan rahsia agar kita terus-menerus menaruh harapan dan keyakinan pada janji-janji Allah.
Lewat kebelakangan ini, kalau anda perhatikan sekeliling anda, kita akan lihat suasana masyarakat yang ternanti-nanti dengan kemunculan 1 syawal dengan penuh ghairah dan riuh. Kita sedia maklum, 1 Syawal bermaksud Ramadhan telah berlalu pergi. 1 Syawal yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan untuk mencari redhaiNya. 1 Syawal hadiah buat mereka yang beriman. Tapi rata-rata daripada tak mengerti.
Mungkin yang kita faham tentang 1 Syawal,
"Akhirnya! Habis pun Ramadhan."
"Yes! Dah tak payah puasa lagi dah."
"Nanti raya sebulan, boleh jalan sakan kutip duit raya. (^^)"
"dah boleh qadha' dah segala makan tengah hari masa bulan puasa."
....akhirnya, Ramadhan berlalu seperti debu-debu berterbangan di tiup angin. Langsung tidak diendahkan permata dan mutiara yang terdapat dalam bulan ini.
Terimbau tentang kelebihan Ramadhan, ada satu analogi cantik yang perlu kita hayati;
"Hidup kita ibarat sebuah perjalanan panjang. Penuh dengan dugaan yang melanda. Kemudian, Allah utuskan Ramadhan. Ia ibarat pokok di tengah perjalanan. Padanya kita berehat dan berteduh selama sebulan. Mengukuh dan memantapkan bekalan Iman dan Taqwa. Supaya kita berjalan gagah menuju ilahi setahun yang mendatang."
Tidak mungkin seorang hamba mampu melalui hidup yang panjang tanpa di bekali dengan bekalan yang secukupnya. Tanpa berehat pada satu 'pit-stop' untuk re-charge segala yang kurang. Kita memerlukan Allah dalam perjalanan yang panjang ini. Walau macam mana keadaan kita sekali pun, susah mahu pun senang. Akhirnya, Allah jua lah yang menunjukkan jalan keluar untuk kita.
Hingga hari ini, di pengakhiran Ramadhan, bagaimana ye kita mempersiapkan diri? Mengisi segala kekosongan jiwa yang dambakan sentuhan ilahi? Mengukuhkan semula keimanan yang sudah rapuh?
Marilah kita berfikir sejenak dan kembali beriman. Sementara Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari, rebutlah ia dengan sebaik mungkin. Mungkin rezeki kita, malam ini atau pun malam esok, kita bertemu dengan Lailatul Qadr, bulan yang dalamnya, amal kita ibarat amal selama 1000 bulan. Menjadi bekalan yang sangat hebat dan cukup untuk kita harungi liku kehidupan hingga ke Ramadhan berikutnya, bi iznillah.
Akhir sekali, memandangkan 'Aidul Fitri bakal menjelang, kami daripada Kelab Iqra' ingin mengucapkan kepada anda;
" كل عام و انتم بخير "
Semoga Allah terima segala amal kita di bulan yang mulia ini dan menjadikan ia Ramadhan terbaik sepanjang hidup kita. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Wallahu'alam~
oleh :
'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi,
Presiden,
Kelab Iqra 2011.
IQRAteam - administrator
Jika ada sebarang pertanyaan, masalah, aduan, cadangan, dan apa-apa sahaja yang perlu mendapatkan maklumat, kefahaman, tindakan atau apa-apa yang lanjut berkaitan dengan kami, bolehlah menghubungi kami. Temui kami juga di
Facebook dan juga
Tumblr.
ya, saya semuakan itu semua. bahkan, awak juga kan, dan semua orang juga kan, :)
ReplyDeletetapi, dalam pada itu, kita tunaikan ibada kita kepada Allah, dan jangan lupa Allah, supaya kita tahu macam mana nak imbangi dunia dan akhirat. hehe :)